Tentang Kami

Jawatankuasa Kilang Pembelajaran telah ditubuhkan oleh Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa yang didirikan dan dibentuk di Universiti Teknikal Malaysia Melaka dengan menyediakan persekitaran sebenar bagi penghasilan dan perkhidmatan dalam aktiviti industri seharian.

 Objektif Kilang Pembelajaran

  • Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, teknologi, pendidikan dan promosi dalam bidang Teknologi Pembuatan dan Pengkomputeran Lanjutan kepada industri dan masyarakat.
  • Untuk menyediakan kemudahan latihan yang komprehensif dan bersepadu kepada pelajar sarjana dan pascasiswazah UTeM untuk pelbagai proses pengeluaran produk.
  • Untuk menyediakan platform latihan dalam bidang Teknologi Pembuatan dan Pengkomputeran Lanjutan di UTeM.
  • Untuk menjadi pusat rujukan yang cemerlang dalam bidang Teknologi Pembuatan dan Pengkomputeran Lanjutan di negara dan rantau ini.

Fungsi Kilang Pembelajaran

  • Merancang dan mengatur aktiviti pembelajaran di dalam rancangan pengajaran supaya dapat memenuhi keperluan program akademik tanpa menjejaskan keberkesanan operasi kilang.
  • Menjalin kerjasama pintar dengan industri untuk memastikan kilang pengajaran dapat mencapai objektifnya secara lestari.
  • Merancang dan mengatur aktiviti perniagaan menerusi perkhidmatan Kilang Pembelajaran yang diberikan kepada industri.

 

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat
8:00 am – 5:00 pm

Hubungi Kami

Teaching Factory UTeM, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
06-270 4194

HAKCIPTA © 2021 | TEACHING FACTORY UTEM | UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA. HAKCIPTA TERPELIHARA